Sejarah Permaisuri Tun Teja Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
"Berkorban apa saja, harta
atau nyawa,
Itulah kasih mesra, sejati dan mulia,
Kepentingan sendiri tidak diingini,
Bahagia kekasih saja yang diharapi,
Untuk menjadi bukti kasih yang sejati,
Itulah tandanya jika mahu diuji...................”
Itulah kasih mesra, sejati dan mulia,
Kepentingan sendiri tidak diingini,
Bahagia kekasih saja yang diharapi,
Untuk menjadi bukti kasih yang sejati,
Itulah tandanya jika mahu diuji...................”
Itulah ungkapan
serikandi Tun Teja ketika menjamah sirih mantera yang diberikan oleh Laksamana
Hang Tuah setelah mendapat tahu perkara sebenar yang baginda akan
diperisterikan dengan Sultan Mahmud Syah.
Serikandi Tun
Teja terkenal sebaris dengan nama serikandi Tun Kudu dan Tun Fatimah pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka . Mengikut sejarah Melayu, Tun Teja diberi gelaran
“RATNA BENGGALA” yang membawa maksud “INTAN PERTAMA” dari Benggala iaitu puteri
kepada Seri Amar Bangsa Diraja, Bendahara Pahang pada abad ke-15.
Tun Teja Ratna Benggala, itulah nama serikandi tidak asing lagi TUN TEJA.
“Tun Teja Ratna Benggala,
Pandai membelah lada sulah,
Jika tuan tidak percaya,
Mari bersumpah kalam Allah.”
Begitulah bunyi
pantun yang dipersembahkan oleh Hang Tuah kepada Tun Teja, anak bendahara
Pahang yang cantik jelita di akhir abad ke-15. Sejarah Melayu menggambarkan
dengan jelas bagaimana Tun Teja direbut daripada tangan tunangnya Yang
Dipertuan Pahang, Sultan Ahmad Syah (1474-1494)oleh Hang Tuah untuk
diperisterikan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).Sultan Ahmad Syah menerima
penghinaan dahsyat daripada Melaka yang terakhir dari tunang baginda,baginda
sangat malu dengan rakyatnya lalu bertindak turun takhta dan mengasingkan diri
ke Lubuk Pelang.Setelah mangkat beliau sebut Marhum Syeikh.
Tun Teja
sebenarnya bermadu dengan Puteri Betara Majapahit. Di atas perkongsian hidup
bersama Sultan Mahmud Syah, Tun Teja dikurniakan seorang puteri yang bernama
PUTERI AMRA DEWI.
Pada 1511,
Portugis menyerang Melaka. Sultan Mahmud Syah bersama isteri-isterinya dan
anak-anaknya telah dinasihatkan berundur ke Bentayan (kini Muar) termasuklah
Tun Teja. Ketika itu Tun Teja kegeringan dan sangat uzur dan terpaksa diusung
dengan tandu khas yang telah dibina oleh hulubalang Melaka. Dalam perjalanan
Tun Teja menghembuskan nafas terakhir dan dipercayai telah dimakamkan di antara
Melaka dan Bentayan iaitu Merlimau. Dipercayai sepasang batu nisan Diraja telah
dipacakkan di atas Makam Tun Teja sebagai tanda kemangkatannya.Ayat yang
tercatit di atas batu nisan Tun Teja bertulis begini (diterjemahkan dalam
tulisan rumi)
“La illahu illah Muhamad darasulullah (barisan ini tidak dapat dibaca) Rabbana warabbil halaqul aj’main”
Bermaksud:
“Tiada Tuhan yang
disembah selain Allah (barisan ini tidak dapat dibaca) Wahai Tuhan kami dan
Tuhan segala makhluk sekalian.”
Tiada nama dan
tarikh pada makam. Serikandi ini kerana ketika itu Sultan Mahmud Syah di dalam
keadaan berundur ke Bentayan akibat serangan Portugis 1511.
TUN TEJA
merupakan seorang pejuang ketika di dalam istana membantu Sultan menegakkan
keadilan, kesejahteraan dan keamanan rakyat,seorang kekasih dan isteri yang
sangat penyayang dan mencintai, sanggup berkorban apa saja dan seorang yang
lemah lembut tetapi tegas dan tekad di dalam setiap keputusan yang dibuat.
Baginda juga
merupakan seorang yang sangat berhati-hati dan seorang pemurah senyuman dan
baginda juga seorang yang cantik jelita malah bertambah ayu apabila disarungkan
pakaian dan selendang kepalanya berwarna kuning dan ungu.
Serikandi ini
sangat mencintai dan taat setia kepada suaminya dan menjadi isteri yang paling
disayangi oleh Sultan Mahmud Syah.
TUN TEJA, serikandi hebat dan tabah serta cekal menghadapi dugaan malah berjiwa kental!
0 comments:
Post a Comment